OBJEKTIF KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN SATU

Murid mengetahui dan berkeupayaan:
✨ melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.

✨ menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

✨ menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.

✨ menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.

✨ membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

✨ menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat.

✨ mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan.

✨ menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun.

✨ mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.

✨ menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul.


Comments

Popular posts from this blog

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

PRINSIP PENGAJARAN MENULIS