KONSEP KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003.
Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.
RUJUKAN
Che Zanariah Che Hassan (2011). PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol1(1) 67-87.
Comments
Post a Comment