Murid mengetahui dan berkeupayaan: ✨ melakukan aktiviti pramenulis dengan betul. ✨ menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. ✨ menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. ✨ menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas. ✨ membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul. ✨ menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat. ✨ mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan. ✨ menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun. ✨ mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan. ✨ menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul.